Aktiviti Mural di Perpustakaan 2012

Posted by 마이스트로 혜 진 | | Posted On Friday, April 20, 2012 at 12:16 AM


Pada 8-13 April, semua warga PSS telah berganding bahu untuk mengecat mural di koridor perpustakaan. Koridor perpustakaan telah dipenuhi contengan sebilangan mutiara kata yang bertujuan untuk meningkatkan semangat para pengunjung perpustakaan untuk berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan. Selain itu, mural-mural tersebut juga bertujuan untuk menghias persekitaran perpustakaan dengan warna yang ceria agar para pengunjung dapat mood yang gembira. Seterusnya, warga PSS juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di samping menerapkan ilmu seni visual dalam diri mereka.













disediakan oleh: Muhammad Izuan bin Edwin Cabasag Usman
ilustrasi oleh: Azim Kamal dan Syazana 

KEM KEPIMPINAN PSS 2012

Posted by PSS TePCES | | Posted On Sunday, April 8, 2012 at 9:48 PM

Pada baru-baru ini, PSS TePCES telah mengadakan kem kepimpinan di Awang's Beach Resort pada 4 April hingga 6 April iaitu pada hari Rabu hingga Jumaat. Pelbagai aktiviti telah diadakan oleh biro-biro kem tesebut. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah "jungle trekking", "blind fox", "baby cry", "seashell hunter", mentari pagi, slot-slot dan lain-lain. Aktiviti ini telah dibimbing oleh guru-guru PSS, guru-guru kaunselor serta staf PSS yang banyak membantu. Kem ini dapat memupuk ahli-ahli PSS untuk lebih berdisplin dalam setiap tugasan yang diberi.

Disediakan oleh Nur Rizzati Marliyana bt Abdul Rahim


Test

Posted by PSS TePCES | | Posted On at 12:35 AM

test